BANYAK LAGI BABI BELUM MUSNAH!!
5 April, 1999 - Sejumlah 110,000 ekor babi yang perlu dimusnahkan di seluruh negeri Perak dalam usaha besar-besaran menyekat wabak JE dari merebak. Setakat ini sebanyak 39,000 ekor telah dimusnahkan dalam operasi dua kumpulan yang dianggotai seramai 500 orang penembak setiap hari.
Menteri Besar menyatakan demikian kepada kakitangan Kerajaan dalam usaha memberitahu masyarakat dasar kerajaan negeri dalam menangani masalah JE. Kerajaan sepatutnya lebih prihatin masalah dan kehendak rakyat yang rata-rata tidak bersetuju pembayaran pampasan dibuat keatas setiap ekor babi yang hendak dimusnahkan.~MR