KENAPA 32 KELULUSAN MASIH DISIMPAN?

Minda Rakyat bukan mahu menyentuh soal dasar sesebuah Jabatan, apalagi Jabatan Kerajaan. Namun suara hati dan keluhan rakyatlah, menyebabkan MR terus membongkar satu skandal dan penyelewengan sebuah Jabatan di bawah pentadbiran Kementerian Perusahaan Utama.

Pada mesyuarat EXCO yang diadakan dalam bulan Disember 1998 lalu, exco perhutanan negeri ini telah memutuskan pemberian konsesi balak bagi hutan simpan dara. Sebelum menyambut tahun baru Cina awal 1999 lalu, sebahagian daripada kelulusan tersebut telah diedarkan kepada kontraktor/pengusaha pembalak yang berjaya.

Tetapi timbul rungutan di kalangan pengusaha balak tempatan di negeri ini apabila sebahagian daripada kelulusan itu masih tersimpan rapi di Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Walau pun keputusan yang dibuat adalah diperingkat sulit, namun jika pengusaha balak ada membuat rundingan dengan 'exco member' maka sipengusaha yang berjaya dalam permohonannya tahu kedudukan permohonannya dan masih menunggu surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Maklumat secara terbuka gagal diperolehi oleh kontraktor/pengusaha balak daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas alasan ia diperingkat sulit. Namun exco member sudah memaklumkan kepada pengusaha balak bahawa permohonan mereka sudah diluluskan dan para kroni dan exco terlibat mahu menuntut politic fund masing-masing.

Jika benar dakwaan exco member yang terlibat, mengapakah Azahar Muda selaku Pengarah Perhutanan Negeri Perak masih menyimpan baki 32 kelulusan yang telah diputuskan oleh exco negeri ini.~MR

Sumber: 'Tan Chain Doy'. Terima kasih