32 KELULUSAN AKAN DILEPASKAN

17 April, 1999 - Dato' Azahar Muda akan melepaskan kelulusan 32 konsesi balak yang masih kemas berada dalam simpanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Justeru tarikh pilihanraya sudah dikenalpasti, Dato' Azahar akan diarahkan berbuat demikian oleh TSR selaku Pengerusi EXCO Kerajaan Negeri Perak.

Semalam, YAB TSR turut sama dalam perjumpaan dengan Diktator Mahathir. Ide berkenaan tarikh pilihanraya sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar dan mereka sekarang dalam persediaan menghadapinya.

Menurut amalan biasa, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas berhubung dengan pemberian konsesi balak sekali lagi menjelang tarikh pilihanraya untuk menampung keperluan 'political fund' yang kian memerlukan disaat kegawatan politik sekarang.~MR