LAUNGAN TAKBIR PEMECAH TRADISI!

Lebih 12,000 orang membanjiri kawasan Perumahan Awam 3, Lawan Kuda, Gopeng, Perak. Pas Kawasan Gopeng menganjurkan ceramah perdananya dengan tetamu undangan Mat Sabu. Ceramah begini julung kali diadakan di kawasan Gopeng yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO, MCA dan MIC.

Kehadiran bukan Islam pada ceramah kali ini memperlihatkan bahawa golongan bukan Islam di negara ini sudah mula menerima PAS sebagai parti alternatif mereka. Menurut seorang bukan Islam yang ditemuramah oleh agen MR, PAS sekarang sudah jadi hak bukan Islam sekalipun mereka tidak boleh menjadi ahli. Justeru beliau sedar bahawa PAS sekali-kali tidak akan menganiayai nasib mereka, sebagaimana yang mereka terima semasa memilih UMNO dan MIC.~MR

Sumber: agen MR