RAKYAT DISERU TOLAK RASUAH BN!
17 April, 1999 - Taktik terakhir yang biasa dijalankan oleh UMNO di bawah pimpinan Diktator Mahathir pada pilihanraya lalu ialah dengan tawaran sejumlah wang bagi mendapat undian. Biar pun ini zaman kemelesatan, UMNO mempunyai cukup wang yang diperolehi melalui 'political fund' kepada setiap projek yang diluluskan bagi meneruskan impian mereka. Di negeri Perak satu-satunya 'anak angkat' negeri yang boleh membantu TSR selaku kroni Diktator tua itu ialah 'Chung Kai Chen', bekas pemimpin parti Bintang Tiga (PKM).~MR