PERAK ARAH TURUNKAN BENDERA

Kerajaan Negeri Perak sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan ke atas pemasangan bendera daripada parti pembangkang yang menimbulkan keadaan 'kacauganggu' dan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang diterima pakai berhubung dengan pemasangan bendera tersebut.

Perkara ini telah dibahaskan dalam Perhimpunan Dewan Undangan Negeri Perak yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mac 1999 lalu. Begitu juga dengan ceramah-ceramah terbuka yang diadakan disurau dan masjid di negeri ini.

Bagaimana pun tidak timbul soal bendera yang dipasang oleh parti memerintah. Tiada satu kerusi ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perak bagi membela perkara ini. Ini amat dikesali kerana kerajaan memandang rendah aktiviti pembangkang hingga soal keadilan menjadi perkara remeh.~MR