SISTEM PENGESANAN MENGGUNAKAN 'GIS SYSTEM'

Saya pernah terlibat dengan satu kajian di USM dahulu (unit satelit dan komunikasi) dimana bidang kajian saya ialah sistem GIS (Global Information System) berpandukan kepada teknologi GPS (Global Positioning Systems). Kajian saya meliputi satu sistem pemetaan berkomputer yang lengkap dimana dengannya, pihak berkuasa (polis) boleh mengenalpasti kedudukan (lokasi) sesuatu tempat dengan mudahnya berpandukan kepada sistem berkomputer.

Kajian saya itu adalah melibatkan satu kawasan di Hilir Perak (lokasi rahsia) dimana satu kawasan kajian telah disediakan. Semua lokasi kependudukan dikawasan tersebut telah dipetakan dan dimasukkan secara digital ke dalam sistem ERMS yang terdapat dibilik kajian saya tersebut. Sistem ini membolehkan pihak berkuasa memasukkan alamat sesuatu lokasi yang hendak dituju (contohnya sebuah rumah) yang dikenalpasti didiami oleh penjenayah.

Dengan menggunakan sistem pemetaan ini, maka peta lokasi rumah dapat dipaparkan kemudiannya rekabentuk rumah tersebut dapat pula dipaparkan pada 'tetingkap' yang lain. Dalam pada itu maklumat isi rumah (mereka dapatkan daripada Unit Banci Penduduk) pula akan dipaparkan pada 'tetingkap yang sama. Pihak polis juga boleh membuat pilihan untuk memaparkan pelan dalam rumah (didapati daripada pemaju perumahan dan majlis tempatan) yang mana boleh menunjukkan plan bertindak oleh polis.

Sistem ini telah siap sepenuhnya di lokasi yang telah diberikan kepada saya dan seorang rakan saya semasa kami terlibat melakukan kajian tersebut di USM dahulu (tahun 199*). Oleh yang demikian, kekhuatiran saya terjawab apabila baru-baru ini pihak polis berjaya menumpaskan satu kejadian culik yang berlaku di satu kawasan didalam lokasi yang saya petakan dahulu (kejadian ini tidak dihebohkan). Jika perkara ini telah berjaya, maka pastinya pihak polis akan menyediakan satu pelan bertindak untuk menyiapkan bagi seluruh Malaysia.

Pada masa tersebut 'privacy' semua rakyat tidak akan dijamin. Apa yang ditakuti ialah jika sistem ini jatuh ke tangan penjenayah. Tentunya merbahayakan. Tapi yang pling saya takutkan ialah apabila pihak polis akan menyalahgunakan sistem ini untuk tujuan menangkap sesiapa yang didapati bergiat cergas di dalam Reformasi. Kemungkinan disalahgunakan adalah teramat besar.

Didalam satu maklumat yang saya dapat, kamera-kamera yang berada pada simpang berlampu trafik telah diubahsuai dengan diletakkan sistem kamera CCTV yang bertujuan digunakan untuk mematahkan gerakan reformasi di ibukota. Adalah tidak wajar rakyat dianggap sebagai penjenayah ataupun banduan. Saya amat berharap agar semua reformis berhati-hati didalam bereformasi.

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)

http://members.xoom.com/ketuaperusuh