UCAPAN DATO' PADUKA MEYAMAI PEMIMPIN MUNAFIK
Sesiapa yang menghadiri majlis sambutan Maal Hijarah 1420H di Stadium Bukit Jalil pagi ini akan menyaksikan bagaimana Dato' Paduka Dr. Hamid Othman berucap yang menyamai ucapan seorang pemimpin Islam yang munafik.
Walau pun saya berpeluang mendengar ucapannya separuh kerana terlewat, namun faham akan kandungan ucapannya yang 'kununnya' menganggap gerakan yang membuat kekacauan akhir-akhir ini sebagai tidak bersyukur. Menurutnya lagi, Allah akan menimpakan bala bencana kerana kekufuran nereka. Ini ucapan seorang pemimpin munafik!
Wahai Dato' Paduka, perlulah anda ketahui bahawasanya bala bencana yang turun ke bumi Malaysia hari ini adalah disebabkan tangan-tangan gergasi yang rakus dengan aktiviti dunawi hingga lupa kepada Penciptanya. Tangan-tangan gergasi yang dimaksudkan itu ialah mereka yang berkuasa merompak, merampas serta melakukan pecah amanah duit rakyat dan harta negara melalui kuasa yang diberi oleh rakyat setiap 5 tahun sekali. Kebanyakan perompak ini adalah ahli politik yang sekarang berlindung dalam regim Mahazalim Malaysia.
Apakah yang dilakukan oleh tangan gergasi ini? Mereka tidak pernah bersyukur kepada Allah secara ikhlas. Kekufuran mereka boleh dilihat dengan jelas setelah mereka tidak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada rakyat yang mengundi mereka dan terus melakukan aktiviti-aktiviti:
Akibat kekufuran mereka Allah menurunkan bala bencana seperti mana kita semua maklum:
Ingatlah Dato' Paduka Dr. Abdul Hamid, kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat berhubung segala penyelewengan yang berlaku dalam regim Mahazalim hari ini. Bertaubatlah sebelum terlambat. Selamatkanlah Malaysia dari segala bencana Allah!!
Mr. canggih