UMNO GUSAR PENGARUH PAS DI KELANTAN MENULAR

Umno terpaksa mencari pendekatan lain untuk menghebohkan kononnya parti itu masih kuat dan berpengaruh

Rakyat negeri lain yang pernah belajar di kampus 'Universiti Politik Terbuka' di Kelantan cukup menggusarkan Umno yang bermati-matian mempertahankan takhta kekuasaannya di negeri-negeri berkenaan.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Takiyudin Hassan berkata, Umno bimbang wabak yang sudah lama berakar umbi di negeri ini menjangkiti negeri-negeri lain, untuk menolak kerajaan Umno. Katanya, perkembangan yang berlaku sekarang sudah menggambarkan situasi tersebut yang begitu menakutkan bagi pihak lawan.

"Perkembangan tersebut boleh memungkinkan riwayat Umno akan berakhir pada pilihanraya

umum akan datang," katanya pada satu ceramah di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno terpaksa mencari pendekatan lain untuk menghebohkan kononnya parti itu masih kuat dan berpengaruh termasuk menyebarkan khabar angin ramai penyokong PAS menyertai parti itu.

Katanya, sekiranya benar dakwaan itu, Umno perlu membuktikan kebenarannya dan bukan sekadar cakap-cakap kepada media sahaja. Menurutnya, pelbagai gejala yang berlaku sekarang sudah cukup memeritkan rakyat untuk terus bersekongkol lagi dengan Umno.

Sumber: Harakah