RIBUAN DALAM HARI PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

15 April, 1999 - Ribuan umat Islam berkumpul di Markas PAS Gombak dalam satu 'Hari Perpaduan Rakyat Malaysia malam tadi. Sekurang-kurangnya 5,000 orang menyertai perhimpunan itu. Di antara yang hadir dalam perhimpunan itu ialah isteri DSAI sendiri iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah

"Para penyokong tidak membawa bersama mereka apa-apa senjata. Perpaduan ini adalah untuk membawa perubahan. Biarlah darah yang telah mengalir membawa bersama perubahan", kata Dr. Wan.

Sementara itu Syed Husin Ali, pemimpin PRM menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh ditukarkan melalui slogan. Sebaliknya mereka perlu bekerja keras untuk memastikan BN tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang. Kerajaan yang berkuasa hari ini akan menggunakan apa saja termasuk wang, jentera kerajaan dan media untuk memastikan mereka berkuasa. Justeru itu parti pembangkang perlu bersatu. Jika tidak mereka pasti gagal.

Sementara itu Tan Siang Gaw, Timbalan DAP menyeru perpaduan dan keharmonian agar terus dikekalkan di antara kaum Melayu, China dan India. Beliau berazam untuk bersama melakukan perubahan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam kerajaan yang lebih telus.~MR

Sumber:AFP