APABILA KEADILAN TIDAK MENJADI AGENDA PEMERINTAH!!

Gerakan reformasi yang dipelopori oleh DSAI sejak pemecatannya sebagai TPM dan ahli UMNO sejak 2 September, 1998 lalu, menerima cabaran getir hari ini apabila beliau didapati bersalah menggunakan kuasa untuk menjaga kepentingan peribadinya. Ini satu petanda bahawa keadilan tidak menjadi agenda parti yang memerintah.

Minda Rakyat merakamkan simpati terhadap DSAI dan seluruh anggota keluarganya. Tidak lupa kepada pejuang-pejuang reformasi yang terdiri daripada berbilang kaum dari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Marilah kita memperkuatkan iltizam dan keyakinan bahawa UMNO tidak akan membawa cahaya kebenaran dalam apa juga bidang. Laungan mereka bahawa sistem keadilan masih berkredebiliti, jauh dari menyimpang dan memihak kepada pihak yang bersekongkol dengan konsfirasi.

Minda Rakyat beranggapan bahawa cabaran ini sebagai langkah pertama perjuangan kita yang masih jauh dihadapan. Tindakan yang tepat hari ini adalah penentu generasi masa depan. Justeru itu nyalakan semangat reformasi tulen dengan mencontohi PAS yang terus terusan berjuang walau tewas dalam 9 pilihanraya yang lalu.

Nyalakan api reformasi dalam satu perpaduan dan gerakan reformasi tulen. Kembali kepada sistem yang mentauhidkan Allah demi keutuhan ugama dan bangsa sejagat.

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

Undilah PAS !!!!!

MINDA RAKYAT