SEJUTA PENGHARGAAN!!

Perjuangan bukanlah merupakan jalan yang mudah. Juga bukanlah sesuatu yang indah. Malahan hanya duri dan ranjau teman seiring bersama dalam perjuangan ini. Maka atas sokongan jitu anda, MR berharap anda bukan sahaja memberikan maklumat, malahan menyebarkan url MR yang baru kepada kenalan anda.

MR berharap akan dapat mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO pimpinan Dr. Mahathir. Kembalikan kekayaan dan hak negara kepada yang empunya secara total dan bersama. Sokongan anda seperti satu suntikan baru kepada MR demi perjuangan meruntukan segala penyelewengan dan kroninya. Maka setelah itu barulah tertegak sebuah pemerintahan yang adil untuk kebaikan kita bersama.

Marilah kita memainkan peranan sempena Aidil Adha yang menuntut kita berkorban masa, tenaga juga RM, untuk bersama mendedahkan kepincangan yang telah empat puluh tahun lamanya menuju satu matlamat bersama di alaf baru, pemerintahan yang bersandarkan kepada yang mentauhidkan Allah.

Undilah PAS!

MINDA RAKYAT ~ oleh polong_cyber@email.com