DARI KAMAR MINDA RAKYAT: MULAKAN SESUATU HARI INI

MR mengambil kesempatan memohon sepuluh jari dari sekelian para netter's kerana selama beberapa hari tidak berkesempatan meng'up-date'kan laman ini atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Walau bagaimana pun alhamdulilLah, kini sudah beransur pulih dan kembali menyampaikan maklumat buat pengetahuan anda semua.

MR mengalu-alukan sebarang bentuk komen dan luahan anda dan segalanya itu alamatkan kepada polong_cyber@email.com. Disamping itu, MR berharap anda yang berada di seluruh negeri Perak khususnya yang sering berganding rapat dengan internet cubalah memberikan sedikit perkembangan politik yang berlaku dalam daerah yang anda diami. Perkembangan ini penting bagi kita menyusun strategi menghadapi pilihanraya umum. Tidak ada ruangan baru dibuka, namun MR berharap anda sudi untuk menjadi agen MR dan memberikan laporan terbaru.

Tidak tertakluk di negeri Perak sahaja, MR tetap mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda di seluruh negara untuk menyatakan kebenaran. Lebih digalakkan sumbangan dan pandangan golongan bawahan yang merupakan golongan senyap (silence majority). Jika anda berasa sangsi atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan sebarang penulisan sidang MR sedia membantu anda.

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

Undilah PAS!!!

MINDA RAKYAT