RAMLI, SAMAD DAN AZHAR PENGKHIANAT BANGSA!!!
Rungutan rakyat tentang penganugerahan harta negeri yang beredar di kalangan tertentu bukanlah isu baru jika hendak dibincangkan. Malahan ianya seperti angin 'sepoi-sepoi bahasa' yang berlalu melanggar gunung 'kepemimpinan' yang begitu teguh tanpa dapat diganggugugat!
Angin sepoi-sepoi bahasa ini adalah suara rakyat yang tidak pernah disatukan. Sekalipun negara sudah menghadapi pilihanraya selama 8 atau 9 kali, namun setiap kali pilihanraya berlalu, ia tidak pernah menjadi pengajaran kepada golongan rakyat yang tertndas, sekali pun cukup memeritkan. Nampak seolah-olah rakyat seperti berkata, 'Biarlah!, rompaklah harta aku. rogollah maruahku dan sembelihlah tengkok aku!!'.
Persoalannya benarkah rakyat sanggup hartanya dirompak? Atau anak gadisnya dirogol? Atau dirinya sendiri diperkotak-katikkan? Tentu rakyat yang waras akan mengatakan, 'tidak!'. Namun perbuatan mereka sendiri seolah-olah merelakan segalanya itu terjadi. Inilah yang terjadi di mana-mana sahaja, khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan. Pemimpin yang menjadi tonggak 'Kepimpinan Melalui Teladan' telah merompak harta negeri secara halus dan dibahagi-bahagikan kepada kroni mereka mengikut bidang kuasa yang ada antara mereka.
Di negeri Perak, Tan Sri Ramli (TSR), Dato' Samad Sabri (DSS) dan (Dato'?) Azahar Muda (AM) adalah peneraju yang memegang kuasa harta negeri. Mereka bersekongkol dengan barisan para EXCO untuk menjayakan rompakan ini. Harta negeri bukan sahaja dibahagikan antara kroni malahan ianya lebih banyak mengalir ke tangan lain!. Akhirnya rakyat miskin, terus miskin dan dhaif kehidupan mereka tanpa pembelaan!!! Inilah akibatnya memilih pemimpin yang tidak berpegang kepada sistem Islam!
Sebagai langkah awal membela diri sendiri, rakyat diseru bersatu hati dan memperteguhkan iltizam dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Jangan ragu lagi untuk mengubah kepemimpinan yang ada dan gantikan dengan yang baru yang akan memastikan harta negeri mestilah dibahagikan kepada rakyat mengikut peraturan dan samarata!!
HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN
Undilah PAS! (Jaminan Kebahagian Rakyat)
MINDA RAKYAT