PILIHANRAYA MAKIN DEKAT?

Ingat akan Allah sebanyak-banyaknya dan yakinlah. Jika kita gugur sekalipun, biar gugur itu syahid…

16 April, 1999 - Kunjungan semua MB (kecuali Kelantan dan Kedah) ke kediaman Diktator Mahathir di Sg. Besi semalam dilihat sebagai satu perkembangan yang memungkinkan tarikh pembubaran Parlimen semakin hampir.

Isu reformasi 'kununnya' terkawal dan beres, setelah pelopor gerakan reformasi di Malaysia DSAI selamat dipenjarakan mulai 14 April, 1999. Mulai tarikh tersebut juga demokrasi di Malaysia sudah berkubur dengan persekongkolan Jabatan Peguan Negara, Institusi Kehakiman dan Jabatan Polis.

Kesemua pihak yang berjuang mahu meruntuhkan kerajaan Diktator Mahathir adalah diingatkan supaya melipatgandakan program mereka serta memberikan tumpuan tenaga dan masa. Kita hanya ada satu tahun untuk berjihad menegakkan kembali maruah Islam yang tercemar oleh Kerajaan Mahazalim itu.

Adalah amat pasti regim Mahathir sudah mengistiharkan serangan balas ke atas para pejuang reformasi serta para Mujahid yang berazam memastikan pemerintahan Islam tertegak di negara ini. Marilah kita sama-sama bergerak dalam satu pasukan yang padu. Kita mungkin terdiri dari PAS, DAP, PRM, ADIL dll, namun hasrat kita cuma satu iaitu meruntuhkan tembok dan kekebalan regim Mahathir dan kuncu-kuncunya. Kita mahu meruntuhkan Kerajaan BN dalam pilihanraya kali ini.

Ingatlah bahawa dalam perjuangan sudah semestinya kita berhadapan dengan rintangan. Perbetulkan azam dan niat. Ingat akan Allah sebanyak-banyaknya dan yakinlah. Jika kita gugur sekalipun, biar gugur itu syahid. InsyaAllah kita akan dimasukkan ke dalam syurga Allah yang kekal abadi.

Wahai rakyat Malaysia sekelian, bangunlah serta bangkitlah menyertai rakan yang lain. Mari kita bergerak dalam pasukan yang mantap. Jangan lagi menyendiri dan meminggirkan usaha ke arah ini. Bersatulah dalam perjuangan yang semantap ini. InsyaAllah, kita akan berjaya!!

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

Undilah PAS

MINDA RAKYAT