MENGAPA RAKYAT TERUS MENENTANG MAHATHIR!

Regim Mahathir kini fobia pada golongan rakyat yang agresif dan berani. Keberanian mereka ada asas-asasnya. Penentangan mereka juga ada sebab-sebabnya. Kalau Mahathir kata mengapa rakyat mesti terus menentangnya, walau apa jua dia telah dan akan lakukan?

Diktator Mahathir mesti lebih pandai menilai rakyat. Dua puluh dua juta rakyat negara ini, tidak akan berada semuanya ditelunjuk Mahathir. Hanya yang menjadi tunggul kayu yang mungkin tidak menentang Mahathir. Kenapa mereka mesti menentang Mahathir?

Rakyat semua sudah celik. Rakyat tahu apa Mahathir buat. Rakyat tahu apa itu ekonomi dan bagaimana 'rangkakkan' pemulihannya. Mahathir tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat. Jangan ingat rakyat seperti sepuluh tahun atau dua puluh tahun lalu. Mereka kini lebih pandai menilai sesuatu. Mungkin lebih dari para bapak Menteri yang ada dalam kabinet Diktator tua itu.

Mahathir tidak lagi boleh melakukan perkara yang sama seperti dulu. Segala tindakan Mahathir tidak ada ertinya lagi di sisi rakyat. Sayang semuanya sudah terlambat. Mereka sudah jemu dengan telatah Mahathir. Jangan ingat dengan mengambil tindakan terhadap Rahim Noor sebagai contoh, bukti Mahathir bersikap adil dan telus. Rakyat sudah tahu temberang Mahathir!

Apa yang Mahathir sudah buat, semua rakyat tahu. Mahathir rompak harta negara melalui dasar penswastaan dan persyarikatan Malaysia, rakyat tahu. Mahathir rompak harta syarikat gergasi seperti Petronas untuk selamatkan kroninya, rakyat tahu. Mahathir belanjakan wang berbillion ringgit dalam situasi ekonomi mencengkam membina projek megah seperti Mahligainya sendiri dan projek F1 di Sepang, rakyat tahu. Mahathir rompak harta rakyat dalam KWSP, LUTH, rakyat juga tahu. Siapa RENONG dan apa peranannya, rakyat juga tahu. Harta negara dicuri oleh UMNO melalui penganugerahan projek-projek, tanah dan konsesi balak, rakyat juga tahu.

Mahathir simpan segala fail bapak Menteri yang korupsi dan 'buas', rakyat tahu. Mahathir singkir segala orang yang berbahaya pada kerja politiknya, termasuk DSAI, rakyat tahu. Mahathir bersekongkol dalam konsfirasi politik terbesar dipenghujung abad ke 20 negara ini, rakyat tahu. Mahathir hina para ulamak, rakyat tahu. Mahathir hina Nabi melalui janggutnya, rakyat tahu.

Pendek kata apa sahaja Mahathir lakukan rakyat tahu. Termasuklah nilai wang yang dirampas dan dibawa pergi ke luar negara, rakyat juga tahu. Jadi, apa alasannya untuk rakyat tidak menentang Mahathir?

MINDA RAKYAT