JE ADALAH SATU BALA
27 Mac 1999 - Dalam ceramahnya di Desa Jana, Kamunting beberapa hari lalu, Ustaz Mohd Khazim bin Elias ada menyentuh soal orang Islam yang diharamkan memakan daging khinzir. Walau pun orang bukan Islam tidak tertakluk kepada larangan Allah dari memakan daging tersebut, mereka sepatutnya mengkaji di antara nikmat dan kekesanannya terhadap diri yang memakan makanan itu.
Orang bukan Islam sepatutnya mencontohi orang Singapura yang makan, tetapi tidak menternak binatang tersebut. Singapura mengimpot daging khinzir dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Malahan tidak di situ sahaja, sebaliknya ada orang Islam di negara ini yang terlibat menganjurkan penternakan khinzir. JE merupakan peringatan dari Allah bahawa jangan melibatkan diri kita dengan larangan Allah. Perbuatan yang menyimpang dari jalan Allah, jelas beliau menyebabkan seluruh masayrakat terpaksa menanggung risikonya ~ MR
Sumber "sahabat reformasi"