LEBIH 10,000 JADI KORBAN

27 Mac 1999 - Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan gerakan besar-besaran membunuh khinzir yang diternak di ladang persendirian Ampang, Ipoh. Sumber MR memberitahu bahawa lebih 1,000 orang kakitangan kerajaan terlibat dalam operasi itu pagi ini.

Antara Jabatan terlibat ialah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Polis Di Raja Malaysia, Pihak Tentera, RELA dan orang persaorangan yang ada kaitan dengan pihak terlibat.

Setiap petugas hari ini dibekalkan dengan pakaian khas yang diedarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan anggaran kos melebihi RM300.00 tiap seorang. Adalah dianggaran jumlah perbelanjaan yang terlibat dengan pemusnahan ini mencapai angka RM1 juta. MR memandang serius pembaziran perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam operasi ini. Pihak yang terlibat dengan penternakan ini sepatutnya menanggung kos operasi keseluruhannya, dimana mereka telah mengaut keuntungan daripada industri khinzir sebelum JE dikesan. Operasi hari ini diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. ~ MR