BABI BERKELIARAN?

Minda Rakyat diberitahu bahawa semasa operasi pemusnahan khinzir oleh petugas dari pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Perak pada Sabtu lalu, ada kemungkinan khinzir-khinzir yang terlepas lari dari kepungan petugas-petugas.

Dalam satu insiden, seorang tercedera (dipercayai seorang tentera) apabila khinzir itu merempuh sekeping papan lalu menembusinya dan mengenai tubuh tentera yang sedang siap sedia mengepung khinzir-khinzir berkenaan.

Selepas operasi itu beberapa ekor khinzir di temui di sebuah taman perumahan di Ipoh di percayai terlepas semasa operasi berjalan. Minda Rakyat juga dimaklumkan sebelum operasi Sabtu lalu iaitu beberapa bulan sebelum ini, khinzir telah ditemui diperkampongan orang Melayu di Daerah Perak Tengah iaitu di Kg. Tanjung Dedalu, MARDI, Pasir Gajah, Sg. Korok, Sadang, Belanja dan Changkat Banjar, adalah dipercayai dilepaskan oleh orang yang tidak bertanggungjawab pada waktu malam.~MR