ABDULLAH BADAWI BELI BABI!!

Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan akan membayar pampasan kepada penternak babi-babi yang ternakan mereka terpaksa dimusnahkan akibat dibimbangi membantu merebaknya wabak JE yang dibawa oleh nyamuk Culex.

Kadar pampasan yang berbeda antara RM50.00, RM10.00 dan RM3.00 mengikut katogeri masing-masing membuktikan bahawa Kerajaan amat menjaga hati kroninya (yang terlibat dengan industri babi) dengan menunjukkan simpati kepada penternak terbabit.

Jawatankuasa tersebut sewajarnya lebih prihatin dengan sumbangan rakyat yang membantu melalui tabung mangsa JE, dengan menumpukan kepada rawatan pesakit yang tidak berdosa, bukannya menanggung kerugian pihak yang telah sekian lama mengaut keuntungannya! ~MR