PERGESERAN ANTARA MB DAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI PERAK

Memang Menteri Besar mempunyai kuasa penuh dalam hal pentadbiran negeri, termasuk pengurusan kewangan. Selaku ketua pentadbir, segala keputusannya mesti hormati termasuk perkara yang bercanggah dengan norma biasa atau disebut perbelanjaan di luar dugaan.

Pergeseran kecil berlaku di antara YAB Menteri Besar Perak, Tan Sri Dato' Seri Ramli b. Ngah Talib dengan YB Pegawai Kewangan Negeri Dato' Dr. Isahak apabila TSR mengumumkan pembiayaan pampasan kepada penternak khinzir. MR difahamkan jumlah yang terlibat agak besar kerana menurut jawatankuasa khas yang bersidang semalam memutuskan pembayaran pampasan itu adalah mengikut katogeri masing-masing bernilai RM50, RM10 dan RM3.

MR mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada Dato' Dr. Isahak selaku Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tanggungjawab secara jujur dalam isu pampasan khinzir. Daripada membazir kerana terpaksa membayar pampasan, peruntukan berpuluh juta RM itu wajar disalurkan kepada insan yang lebih memerlukan perhatian kerajaan. Tambahan lagi, pembayaran pampasan oleh pihak kerajaan terhadap penternak khinzir, dipandang serong oleh rakyat kerana diwaktu isu JE belum melanda negara, penternak dan mereka yang terlibat dalam industri ini telah mengaut keuntungan berlipat ganda dan pasti tidak kesemua daripada mereka membayar cukai kepada Kerajaan. Jadi persoalannya, untuk apa mereka dibela?~MR