ISU KHINZIR: BUKTI KERJAAAN TIDAK PRIHATIN MASALAH RAKYAT!

Isu khinzir yang sedang diperkatakan sekarang hangat selepas wabak JE dikesan. Pembawanya nyamuk culex juga sudah lama wujud. Masalah yang begitu sensasi ini sebenarnya sudah lama diperbincangkan selepas aduan demi aduan dibuat semenjak tahun 1993 lagi. Namun sikap kerajaan waktu itu dingin disebabkan JE belum membunuh!

Industri khinzir membawa pulangan yang lumayan kepada negeri Perak. Statistik yang ada menunjukkan sehingga 1993 terdapat sebanyak 501 buah ladang khinzir beroperasi di lapan buah daerah negeri ini. Bilangan yang terbesar di dapati dalam daerah Kinta yang mempunyai 350 buah ladang ternakan khinzir. Daerah lain ialah Larut Matang sebanyak 49 buah, Batang Padang sebanyak 32 buah, Hilir Perak 25 buah, Kuala Kangsar 19, Manjung 18 Kerian 6 dan 2 buah di Hulu Perak.

Lebih 10,000 orang terlibat dalam industri khinzir di negeri Perak waktu itu. Jumlah ekspot khinzir ke Singapura dalam tahun 1993 ialah berjumlah 271,944 ekor yang merupakan 39 peratus daripada pengeluaran khinzir negeri.

Masalah berhubung dengan penternakan khinzir sudah lama diajukan oleh penduduk kawasan Rapat Setia dan Taman-taman Permuahan berdekatan. Leong Sin Nam Farm Sdn. Bhd merupakan ladang khinzir yang besar di kawasan tersebut yang jaraknya hanya 1 hingga 3 kilometer dengan penempatan terbabit.

Kementerian Alam Sekitar dalam penyelesaian isu bau busuk khinzir ini, telah meminta Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Dewan Bandaraya Ipoh yang diterajui oleh Dato' Ismail Shah Bodin waktu itu, mengurangkan aduan penduduk dengan langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan:

Namun syor tersebut tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada DBI atau Kerajaan Negeri sendiri. Selepas 5 tahun, yakni JE dikesan dan melibatkan kematian, barulah Kerajaan Negeri dan jabatan yang terlibat dengan industri khinzir berubah pandangan. Namun segalanya telah terlambat.

Isu JE dan khinzir benar-benar menambat hati rakyat bahawa ia menjadi bukti Kerajaan Negeri sememangnmya tidak prihatin masalah mereka!~MR

Sumber: 'Bekas Pentadbir'