APABILA NYAWA BABI LEBIH BERHARGA!

Sebenarnya isu babi-khinzir ini (Virus JE) adalah sesuatu yang memang saya mintakan ianya berlaku sejak dari dahulu lagi. Janganlah anda semua cepat melenting apabila perkara ini yang saya mahukan. Ini adalah kerana dengan berlakunya perkara ini maka mata kita (mata hati) akan terbuka untuk melihat sesuatu kepincangan yang berlaku didalam masyarakat dan negara kita.

Apa tidaknya, cuba anda semua perhatikan fakta yang akan saya kemukakan ini.

Fakta pertama saya, setiap ekor babi-khinzir yang dibunuh (ditembak) akan dibayar pampasan bernilai antara RM 50 sehingga RM 300. Ini berdasarkan rekod penternakan serta baka babi-khinzir tersebut. Ini belum termasuk kos peluru bagi setiap ekor babi-khinzir yang ditembak (diperlukan sekurang-kurangnya sebiji peluru 12 Bore - RM 0.63). Upah untuk penembak pula adalah pada kadar RM 4 seekor babi-khinzir. Upah menanam seekor babi-khinzir pula adalah pada nilaian RM 3 seekor. Oleh yang demikian berapakah nilai nyawa babi-khinzir seekor. Pastinya paling lekeh bernilai RM 57.63 atau paling mahal RM 307.63 seekor. Ini adalah untuk setiap ekor.

Bagaimana pula dengan fakta kedua ini. Fakta kedua saya ialah setiap keluarga miskin yang tersenarai didalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mendapat bantuan wang ringgit pada nilaian RM 50 sebulan. Jika sesebuah keluarga miskin itu mempunyai minima seorang ahli maka nilai nyawa manusia tersebut adalah mungkin sama dengan seekor babi-khinzir. Akan tetapi jika keluarga miskin tersebut mempunyai ahli keluarga seramai 4 orang maka nilai nyawanya adalah lebih jauh murah dari seekor babi-khinzir.

Dimanakah letaknya keadilan. Dimana letaknya akal fikiran Menteri Kebajikan Masyarakat (Datin Paduka Zaleha Ismail), adakah akalnya lekat dikepala lutut ataupun dibuku lali. Kejadian ini amat mendukacitakan saya serta menyebabkan saya marah. Dimanakah rasionalnya idea Pak Lah dan Menteri Kabinet yang lain.

Pada akhbar Utusan Malaysia (bertarikh 12/4/1999) terpampang gambar para anggota tentera yang terlibat didalam Ops Babi, yang mana majoriti (99%) adalah orang Melayu-Islam. Mereka ini terlibat secara langsung dengan Ops Babi manakala Tokey-tokey Babi (Didalam gambar yang sama dibarisan depan - ada dalam beberapa orang tokey babi yang diketuai oleh Master Chua) tidak terlibat langsung secara agresif (malah tidak pernah sampai ke Bukit Pelanduk semasa sebelum Ops Babi dijalankan mahupun semasa Ops Babi berjalan).

Oleh yang demikian, maka secara otomatiknya gambar tersebut menunjukkan betapa orang Melayu-Islam mudah dipermainkan malah dimalukan serta dihina. Dimanakah perginya Pemuda UMNO yang selalunya begitu lantang mempertahankan isu keMelayuan. Mana perginya Dato Hishamuddin Tun Hussein. Adakah beliau malu untuk melibatkan diri didalam isu babi ini ataupun mungkin beliau takut dengan tokey-tokey babi tersebut.

Adakah nyawa babi lebih berharga dari nyawa manusia? Adakah menteri (melayu) kita hanya layak menjadi pelindung kepada babi sedangkan para tokey babi (muka sekor-sekor tokey babi sebijik macam muka babi - Master Ling Liong Sik) pula menjadi pemimpin yang berwibawa. Saya rasa ramai yang akan marah atas komentar saya ini. Bahasa yang terdapat dikomentar ini agaknya kasar sedikit. Tapi sebenarnya ianya menunjukkan kemarahan yang meluap-luap terhadap keaiban yang dilakukan kepada kaum Melayu-Islam.

Adakah askar-askar kita (majoriti Melayu-Islam) yang telah dilatih dalam ilmu peperangan konvensional serta mempunyai kemahiran yang tinggi didalam ilmu taktikal hanya layak ditugaskan membunuh babi-khinzir sahaja. Dimanakah letaknya maruah dan air muka para askar kita. Sekarang ini babi-khinzir adalah musuh nombor satu negara. Kalaupun kita amat berhajat untuk memusnahkan babi-babi ini secara "mass destruction" maka alangkah eloknya jika kita menggunakan racun (yang dicampurkan pada makanan babi) dari kita menggunakan peluru. Bukankah cara meracun ini lebih efektif dan sesuai kerana ianya tidak melibatkan ramai anggota yang terlibat. Cukuplah dengan mengarahkan tokey-tokey babi ini meracuni babi-babi mereka. Agaknyalah Pak Lah telah diarahkan oleh Master Chua (mungkin Master Chua mempunyai agenda untuk memalukan Pak Lah) untuk mengeluarkan arahan menembak babi ini.

Kalau nak ikutkan geram dan marahnya hati ini, tak cukup dengan panjang ini komentar saya. Tak larat dah saya nak menulis. Cuma apa yang saya tahu, kita patut singkirkan menteri-menteri bodoh (maaf jika nampak kasar) daripada dibiarkan memerintah Malaysia tercinta. Maafkanlah saya jika ada terkasar bahasa.~MR

 Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)