CAWANGAN UMNO KG. MEDAN PATUT DIBUBAR?

Kemasukan ahli UMNO secara beramai-ramai ke parti PAS memang tidak dapat dinafikan. Agen MR mengesan satu lagi cawangan yang patut berkubur ialah UMNO Cawangan Kg. Medan, Selama. Menurut agen MR, sumber memberitahu bahawa hanya Ketua UMNO Cawangan iaitu En. Mohd. Nasir bin Hj. Junus yang masih berpegang teguh pada perjuangan UMNO. Kesemua AJK UMNO Cawangan tersebut yang lainnya sudah menyertai PAS.

PAS Selama kali ini akan memperlihatkan tentangan sengit kerana menerima sokongan padu penduduk tempatan, termasuk kakitangan Kerajaan Daerah Kecil Selama.~MR

Sumber: Agen MR