KERJA KORBAN BERJALAN LANCAR

28 Mac 1999 - Kerja korban yang diatur hari ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Walau pun sebelum ini mendapat bantahan pihak tertentu, dipercayai anggota MIC Gopeng dan Chemor, namun kerja korban oleh penduduk Islam di kedua-dua tempat berjalan lancar.

Kerja korban itu telah dibantah oleh kaum India kerana sebab-sebab keugamaan mereka, hingga menyebabkan penduduk Gopeng memindahkan tempat kerja korban mereka ke ladang kelapa sawit yang agak tersorok.

Namun bagi penduduk Chemor, sumber memberitahu bahawa kerja korban berjalan lancar dan sebanyak 9 ekor lembu dijadikan korban kali pertama penduduk Islam di sini. ~ MR

Sumber 'mat metal'