BOIKOT LAPORAN SURUHANJAYA

Kekejaman regim Mahathir dilihat sudah melewati batasannya. Setelah DSAI dihukum sebagai 'mangsa politik' yang menerima hukuman penjara 6 tahun 6 bulan 23 hari, namun 'pemukul' beliau ketika dalam tahanan polis pada 20 September, 1998 masih bermaharajalela. Regim Mahazalim itu dilihat mempersenda-sendakan kes ini dan bertindak mengeluarkan laporan 'kununnya' bagi menegakkan keadilan terhadap beliau.

Minda Rakyat menganggap tindakan regim dalam menangani kes ini sebagai satu penghinaan yang selanjutnya ke atas DSAI, keluarga dan pencinta keadilan. Minda Rakyat mengajak sekelian rakyat Malaysia memboikot dan jangan membeli laporan tersebut.

Jika anda sudah memesan sila aturkan majlis pembakaran buku itu dan buktikan bahawa anda turut rasa terhina dengan hukuman ke atas DSAI dan 'pencerobohan' ke atas sistem keadilan negara ini. Ingat! Sampai bila pun regim Mahazalim tidak akan membela nasiib DSAI dan sesungguhnya laporan itu hanya satu lakonan yang 'kununnya' nak membuktikan sistem keadilan di Malaysia masih berkredebiliti.

Sesungguhnya jika benar kerajaan mahu membuktikan sistem keadilan masih belum pincang mengapakah hingga kini Penjenayah Nombor satu negara iaitu Rahim Noor masih belum dihukum. Tolong jangan hina DSAI lagi. Cukuplah bebanan yang beliau tanggung. Pak Lah 'sipenjaga' babi perlu bertanggungjawab. Ingat dihadapan Allah, Mahkamah Rabbul Jalil, kamu yang bersekongkol tidak akan dapat berbohong lagi.!!!!!

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

MINDA RAKYAT