SATU LAGI WABAK BARU MENULAR!!
Selepas JE, Hendra dan Nipah, satu lagi virus sedang melanda negara. Namun kali ini virus tersebut sedang menyerang Pulau Pinang dan beberapa bahagian negeri lain di utara Semenanjung juga tidak ketinggalan bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Virus baru ini masih dikenali sebagai JE (2) singkatan daripada Jumping Everywhere yang melanda parti UMNO saat ini. Virus ini amat popular disebut dikalangan pimpinan PAS.
Virus ini merujuk kepada ahli UMNO sekarang yang bilangan melompat ke parti lawan dengan jumlah paling besar dalam sejarah lompatan politik negara kita. Sumber-sumber tidak rasmi menyatakan hampir 1 juta ahli UMNO sudah atau dalam proses melompat ke PKN dan tidak kurang 500,000 lagi sedang dan akan melompat ke parti PAS dan lain-lain pembangkang.
Tinjaun Minda Rakyat di golongan bawahan lebih gemar memilih PAS sebagai wadah baru perjuangan mereka. Manakala PKN lebih digemari oleh kalangan cendikiawan dan korporat Melayu.~MR