BENARKAH MAHATHIR SUDAH BERTEMU ANWAR?

Minda Rakyat menerima berita ini beberapa hari lalu. Namun atas sebab-sebab ianya belum pasti, maka MR tidak bercadang untuk menyiarkannya buat tatapan umum sehinggalah cerita ini lebih meyakinkan.

Sebelum keberangkatan Mahathir ke Mekah tempohari, beliau telah sempat menemui DSAI di Penjara Sg. Buloh. Antara pegawai yang mengiring Dr. M ke sana ialah seorang pegawai tadbir dalam JPM sendiri. Beliaulah yang menceritakan kisah ini kepada bapanya, seorang imam yang kemudiannya memberitahu agen MR.

Dalam pertemuan itu, Dr. M merayu supaya DSAI kembali kepangkuan UMNO. DSAI hanya bersetuju dengan syarat beberapa orang Menteri perlu disingkirkan dari barisan Kabinet sekarang. Mereka ialah Rafidah Aziz, Sanusi Junid, Megat Junid, Daim Zainuddin dan Sabaruddin Chik. Sehingga berita ini ditulis MR hanya diyakinkan oleh cerita imam tersebut. Jika ada pihak lain yang mengetahui pertemuan sulit ini terutamanya dari kakitangan penjara Sg. Buloh sendiri, sila anda sahkan berita ini.Wallahu'alam.~MR