MAHATHIR DIDESAK MELETAKKAN JAWATAN!!

Setelah kita semua mengetahui bahawa keadaan kesihatan Dr. Mahathir tidak mengizinkan beliau meneruskan pimpinannya, maka dengan itu beliau perlulah mengkaji kemungkinan-kemungkinan melepaskan jawatannya secara terhormat dan menyerahkan pucuk pimpinan negara kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

MR menerima email yang cukup banyak menyatakan bahawa Mahathir tidak perlu bersusah payah lagi mempertahankan jawatannya, setelah beliau disahkan oleh para doktor bahawa beliau perlu berehat. Negara juga tidak memerlukan seorang tua lagi nyanyuk untuk meneruskan pimpinan masa depan yang cemerlang.

MR masih ingat kira-kira lebih 17 tahun lalu, Mahathirlah pendesak utama kepada Tun Hussein Onn yang akhirnya meletakkan jawatannya sebagai PM waktu itu atas sebab-sebab kesihatan.

Atas alasan yang sama, rakyat meminta bahawa Mahathir perlu berundur dengan segera!! Selamatkanlah Malaysia!!!

UNDURLAH MAHATHIR UNDUR!! UNDUR, MAHATHIR UNDUR!!

MINDA RAKYAT