PEMANTAUAN TOTAL INTERNET SEDANG DILAKUKAN

Untuk pengetahuan semua pengunjung mana-mana laman yang berkait dengan reformasi, ataupun yang menggunakan email silalah ambil perhatian kepada apayang saya kemukakan ini.

Semua data yang beredar didalam internet (samada melalui TMNET atau Jaring Backbone) sedang dalam pemantauan dimana pihak Bukit Aman telah mempunyaisatu pusat pemantauan lengkap yang menggunakan komputer IBM RS/6000 siriterbaharu. Mereka telah melengkapkan pusat tersebut dengan pekakasan dan perisian yang berkait rapat dengan network monitoring, packet data grabber, networkprotocol analyzer dan juga beberapa perisian biasa yang mudah didapati sepertiIsecure, NetAttack, PacketSnoop dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian adalah perlu bagi semua reformis menggunakan proxy atau pun menggunakan khidmat email percuma didalam segala urusan yang berkaitan denganreformasi. Janganlah hendaknya ada yang tertangkap kerana dikaitkan dengan 'kononnya melakukan fitnah kepada kerajaan melalui internet'.Silalah juga gunakan khidmat komputer pelayan (server) yang 'anonymous' seperti contoh di 'www.anonymizer.com' atau dibeberapa tempat lain ketika melayari mana-mana laman-laman reformasi.

Anda juga bolehlah mendapatkan perisian 'modem jammer' dari beberapa lokasi didalam internet dengan cara 'searching using altavista search engine'. Perisian 'modem jammer' ini akan menyebabkan proses triangulation (penigasegian) tidak dapat dilakukan. Proses penigasegian ini boleh menyebabkan lokasi anda serta nombor telefon anda dikenalpasti.

Tidak lupa juga silalah berhati-hati dengan perisian Netbus, BackOrifice danSubSeven dimana perisian ini juga digunakan oleh pakar-pakar komputer Bukit Aman. Kesemua pakar-pakar ini adalah polis yang telah dilatih khas oleh seorang pakar "Network Security Consultant" dari Singapura. Identiti pakar 'security' itu masih lagi didalam proses pengecaman. Akan tetapi yangpastinya pakar tersebut telah dilatih oleh Agen MOSSAD yang berada didalam Pasukan Polis Singapura.

InsyaAllah apabila identiti pakar tersebut dapat dikenalpasti maka saya akanwarwarkan disemua laman reformasi. Sementara itu saya harap semua reformis silalah 'low profile' buat sementara ini (dalam dua tiga bulan). Akan tetapisemua reformis boleh bergerak didalam PKN, PRM, PAS ataupun DAP serta mana-mana NGO sebagai satu wadah perjuangan. Jangan terlalu agresif samaada dijalanan ataupun diinternet.

Saya takut nanti apabila mereka berjaya memprovoke semua reformis agar 'mengamuk' (maaf kerana tiada perkataan yang sesuai) maka bolehlah mereka melaksanakan perintah MAGERAN dimana DARURAT dapat dilakukan. Pada masa itu pilihanraya tidak dapat dijalankan dan merekabolehlah berkuasa sesuka hati mereka.Tolong berikan laluan mudah untuk proses pilihanraya. Cubalah kita ubah pimpinan negara kepada Kerajaan Alternatif dan kita gagalkan semua usaha mereka menipu didalam pilihanraya.

Ingat kata-kata saya ini "Negara kitamempunyai ramai pengundi hantu adalah kerana negara kita diperintah oleh Hantu Raya".

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
bekas Senior Network Security Consultant (INDAHNET)

ketua_perusuh@mailandnews.com