AJK CAWANGAN UMNO MASUK PAS?

Minda Rakyat pernah dimaklumkan oleh seorang tokoh UMNO di peringkat cawangan. Beliau pernah dan masih lagi(?) memegang jawatan penting dalam cawangan UMNO Changkat Lada yang merupakan cawangan Tan Sri Ramli b. Ngah Talib (TSR), Menteri Besar Perak.

Terdapat lebih 500 orang ahli cawangan itu yang bernaung terus di bawah pimpinan TSR. Semasa gelombang reformasi melanda negara di akhir tahun lalu, beliau memberitahu bahawa separuh malah lebih ahli-ahli UMNO Cawangan Changkat Lada telah mengisi borang keahlian PAS.

Namun apabila ditanya kepada tokoh ini apakah beliau juga sudah menyerahkan borangnya, beliau tidak menjawab pertanyaan MR. Pada ceramah PAS yang telah diadakan di Taman Indah, Tanjung Rambutan minggu lalu, MR terserempak dengan beliau dan berjabat salam. MR memeluk beliau dan sungguh bersyukur kerana pertanyaan yang diajukan dahulu memberi reaksi yang baik. Malahan beliau nampak lebih bersemangat mendengar ucapan Dato Hj. Fadzil Noor daripada mendengar perintah TSR!~MR