KUMPUL HARTA, KAHWINI SIJELITA!!
Pengerusi BN Negeri selaku MB yang mentadbir akan menyediakan plan kekayaan setiap kali exco meeting.....
Sampai bilakah nasib Melayu akan terbela jika orang yang menjadi wakil rakyat tidak berjiwa rakyat mahu membela kesusahan rakyat? Mereka meneruskan projek diri sendiri, menambah harta dan menawan si Jelita!!!
Ini kali pertama saya menulis dalam ruangan ini. Harap saudara pengarang betulkan perkataan saya yang tak begitu pandai menulis. Namun saya terpanggil untuk memberikan kesedaran kepada rakyat mengapa mereka mesti menolak BN dalam pilihanraya akan datang.
Sudah menjadi tradisi dalam UMNO selama ini, apabila sudah menjadi YB maka akan berlakulah reformasi dalam diri dan keluarga. Bukan semua reformasi yang berlaku itu memberikan alamat yang baik kepada si YB. Ada kalanya ia meruntuhkan perpaduan, institusi kekeluargaan, melonggarkan keimanan dan bermacam hal boleh berlaku apabila duit sudah digengaman!
Tradisi ini juga berlaku hampir di setiap daerah dalam Malaysia. Namun perbahasan saya memfokuskan apa yang berlaku di negeri Perak, dalam daerah Samy Vellu. Bagaimana pun saya akan membataskan penceritaan ini hanya selepas beliau menjadi YB. Kehidupannya sebelum itu adalah hak beliau dan beliau belum menjadi milik masyarakat ketika itu.
Apabila melangkah menjadi ADUN, Dato Hj. Mohamad Padil b. Hj. Harun sama seperti ADUN yang lain. Tradisi tetap tradisi. Oleh kerana sememangnya apabila menjadi YB, Pengerusi BN Negeri selaku MB yang mentadbir akan menyediakan plan kekayaan setiap kali exco meeting. Tidak kira mesyuarat itu memutuskan soal pemberian tanah lombong, tanah pertanian, industri, perumahan, kuari mahupun balak, maka setiap kali meeting, maka setiap kali itulah beberapa orang YB akan mendapat habuan melalui recommendation permohonan kroni mereka. Dalam hal ini exco akan memutuskan mengikut arahan MB bahawa siapa yang akan menerima habuan kali tersebut.
Apabila kelulusan telah dibuat, maka si YB akan memberitahu kroni bahawa projek yang dipohon sudah lulus dan sudah pasti mereka mahukan percentage mereka! Kadangkala percentage itu mencapai 60% kadarnya. Kerapkali yang berlaku apabila duit sudah banyak YB akan bertukar imej. Mereka lupa pada jadual asal pemberian projek kepada kroni dan perolehan wang adalah untuk mendapatkan sokongan yang lebih dari masyarakat. Wang tersebut adalah untuk mengumpan rakyat supaya terus mengundi BN dengan apa cara. Samada pemberian projek atau kemudahan awam,mahupun penggunaan wang membeli undi.
Ini biasa berlaku dalam kawasan Sg. Siput. Hatta Samy Vellu sendiri. Di sini banyak penempatan kem orang Asli. Mereka akan diberikan wang dan juga kertas kecil calon mana yang mesti mereka pangkah. Mungkin kerana takut atau ugutan atau terlalu berhajat kepada wang, maka orang Asli akan mengundi UMNO dan BN. Tetapi percayakan anda jika saya katakan bahawa orang Asli yang tinggal di Kampong Bawong, Sg. Siput itu sudah celik politik dan melihat laman reformasi?
Ini bukan fitnah! Memang benar orang Asli tiada menyimpan komputer di rumah mereka. Namun mereka terlibat dalam kerja pembangunan dan pembaikan pulih hutan yang dikendalikan oleh kontraktor pembangunan hutan. Penglibatan orang Asli sudah jauh. Mereka akan mencari taukeh mereka di Pejabat dan di sinilah berlaku proses 'reformasi minda' orang Asli. Mereka juga minat untuk menonton cerita 'lucah' sebagaimana sering jadi tontonan golongan muda di peringkat bawahan. Maka kemudahan internet hari ini menyebabkan orang Asli tidak ketinggalan. Bagi yang pandai membaca ini sudah baik. Bagi yang tak tahu akan membawa balik kertas reformasi untuk anak-anak membacakan.
Berbalik kepada YB yang sudah kaya, maka mereka akan kumpul harta. Maka itu tidak hairan jika sebuah rumah sederhana mewah di Kg. Bahagia, Sg. Siput akan mempamirkan mereta mewah hingga melebihi 5 buah kepunyaan seorang YB iaitu ADUN Kawasan Lintang.
Biasalah apabila sudah kaya, cubalah memikat sejelita. Dan jelita yang dipikat dok asyik membaca berita di TV3. Si Jelita dipinang melalui keluarga bekas pengacara jelita iaitu anak kepada HM Radzi (Dato' Radzi sudah allahyarham) yang merupakan sahabat YB berkenaan. Pernikahan sudah berlangsung dalam tahun 1997 dengan si Jelita pengacara TV3 orang Pahang.
Pada awalnya 'dapur pertama' tidak tahu akan perihal suami memasang 'dapur kedua'. Namun mulut tempayan bolehlah ditutup, maka akhirnya jadilah perang antara YB dan isteri tua. Namun Dato' pandai memainkan peranan memujuk Datin dan akhirnya terbinalah sebuah Mahligai di pekan Sg. Siput yang masih dalam pembinaan bernilai RM1.5 juta!! Untuk memujuk hati Datin. 'Dapur kedua sudah dikurniakan sebuah kondo mewah di bandaraya KL sesuai dengan tempat kerjanya di TV3.
Kepada anda yang berpeluang berkunjung di Sg. Siput (U) jika anda dari Ipoh ke Kuala Kangsar, carilah masjid Sg. Siput yang terletak di atas bukit. Mahligai tersebut letaknya beberapa ratus meter dari masjid yang terletak di sebelah kiri perjalanan anda. Selamat mencari.
Paparan ini bukan bermaksud menabur fitnah kepada anda. Sila lihat bagaimana 'TRADISI MEMBELA RAKYAT' yang menjadi manifesto BN dalam pilihanraya lalu. Namun penduduk kawasan Lintang masih sama. Jika menoreh getah, tetap menoreh getah. Jika berladang tetap berladang. Jika makan gaji tetap makan gaji. Anak-anak yang tak mampu disekolahkan menggaji diri di kilang yang banyak di Kantan, Sg. Siput dan Kuala Kangsar.
Sampai bilakah nasib Melayu akan terbela jika orang yang menjadi wakil rakyat tidak berjiwa rakyat mahu membela kesusahan rakyat? Mereka meneruskan projek diri sendiri, menambah harta dan menawan si Jelita!!!
Kepada hartawan tersebut jangan Dato' ingat penduduk Lintang tidak akan menerima mesej ini. Kepada Jelita yang berkenaan saya mohon maaf kerana menceritakan selembar kisah suami anda yang hartawan itu. Kepada para netters kita akan bertemu lagi!!! InsyaAllah!
Bekas AJK UMNO Perak