PAK LAH KEMPUNAN NAK JADI PM?

Pak Lah bertukar menjadi apa saja dalam memenuhi hasrat mahu menjadi seorang PM

Jawatan Menteri Dalam Negeri membawa Pak Lah berhadapan terus dengan rakyat. Institusi Polis yang sudah tercemar (sekarang dikenali Polis Di bawah Regim Mahathir - PDRM) bukan membantu menaikkan nama Pak Lah. Malahan rakyat lebih membenci seorang Menteri 'bacul' yang tergagap-gagap bila berucap. Tiada pendirian dan menyerang rakyat dalam diam. Pak Lah lupa kedudukannya sekarang, menerusi hasil undi rakyat.

Semua rakyat tahu suatu masa Pak Lah pernah duduk dalam 'team B' (team DSAI) dan juga pernah 'bersingseng lengan' dalam UMNO baru dan UMNO lama. Pak Lah bertukar menjadi apa saja dalam memenuhi hasrat mahu menjadi seorang PM (jawatan itu sudah digantikan Diktator). Namun Pak Lah hanya kempunan. Diktator Tua Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya itu sekalipun rohnya akan terpisah dari jasad.

Pak Lah lupa sejarah Mustapha Kamal Ataturk. Kununnya 'Bapa Turki Moden'. Jasad terkujur kaku namun masih mahu memerintah. Di hadapannya sendiri bukan Mustapha Kamal Ataturk. Tetapi 'Mahafiraun' yang bertopengkan Islam membunuh umat Islam. Diktator Tua lagi Nyanyok itu mempersendakan hukum Allah, mempersendakan ulamak. Rakyat dikeji kerana 'kununnya' menjadi penderhaka kepada negara hanya semata-mata rakyat marah kepada sorang diktator tua. Ertinya, Diktator Mahathir sudah menyamakan dirinya sama seperti sebuah negara. Menentang Diktator Mahathir sama menentang Malaysia. Hidup Diktator Mahathir hiduplah Malaysia. Mati Diktator Mahathir, apakah Malaysia mesti mati sama? Apakah Pak Lah masih punya harapan?

Catatan sejarah sudah terukir bahawa Tun Hussin Onn, bapak kepada agen Diktator Mahazalim yang setia sungguh iaitu Hishamuddin, meletakkan jawatannya atas sebab-sebab kesihatan 'kunun'. Tapi sebenarnya paksaan olah Diktator Mahazalim yang masa itu mengalami waktu kempunan nak jadi PM sebagaimana Pak Lah sekarang dan dia dapat kerusi itu. Apa salahnya Pak Lah mendesak diktator tua itu supaya meletakkan jawatannya.

Pak Lah harus mengumpul kekuatannya sendiri dengan menguasai sebahagian besar Kabinet bagi mencapai matlamat ini. Dapatkan sokongan sekelian MB. Jika tugas ini Pak Lah tak dapat sempurnakan, memang terang lagi bersuluh, Pak Lah akan kempunan jadi PM. Akan tinggallah bangku Mahafiraun itu dalam kenangan Pak Lah selamanya!

Pemerhati Politik Tempatan P.P.T