'MESEJ' PAS TAK SAMPAI KE TAIPING?

Agen MR mendapati bahawa pengundi di Taiping khususnya, sudah lama tidak menerima kunjungan dari pemimpin-pemimpin penting PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz sendiri atau pemimpin lain. Kegagalan memperolehi permit adalah faktor utama kunjungan tersebut tidak dapat diatur.

Agen MR memperolehi maklumat bahawa Ketua UMNO Bahagian Kamunting, Dato' Dr. Abdul Malek b. Md. Hanapiah, akan memainkan peranannya jika terdapat usaha-usaha PAS cuba membawa penceramah yang berkaliber menarik pengunjung di bandar ini.

Pihak polis merasa serba salah dalam hal ini kerana pernah digemburkan suatu masa dahulu Dato' Dr. Abdul Malek akan mengambilalih tempat Tan Sri Ramli selaku Menteri Besar Perak yang juga 'kununnya' akan beralih ke Persekutuan. Para pengundi merasa amat rindu menerima kunjungan pemimpin kesayangan mereka.~MR

Sumber: Agen MR