INI KHABAR LAIN MENGENAI TARIKH PILIHANRAYA

Minda Rakyat diberitahu melalui seorang agen MR bahawa menurut sumber SPR tarikh pilihanraya umum kali ke sepuluh jatuh dalam bulan September 1999. Namun tiada yang berani membuat pengesahannya.

Sebelum ini agen MR diberitahu oleh seseorang yang rapat dengan MB yang hadir dalam perjumpaan dengan Diktator Mahathir minggu lalu, bahawa tarikh pilihanraya umum kali ini ialah dalam bulan Jun 1999.

Biar Jun atau September, MR berharap Mahkamah Rakyat akan menjadi penentu kepada segala bentuk kezaliman yang wujud di mana-mana melalui pilihanraya umum kali ini.

Sumber. Agen MR