SURAT TERBUKA KEPADA PAS!
Saya amat menyanjungi perjuangan PAS kerana mengambil Islam sebagai dasar perlembagaan dan perjuangannya. Namun saya amat dukacita apabila mendengar rungutan masyarakat yang kurang faham perjuangan PAS dengan mengatakan PAS adalah parti yang kolot dan tidak berwibawa memerintah negara ini. Soalnya, apakah tindakan para pemimpin PAS menangani isu ini? Jika benar ada tindakan diambil oleh pemimpin parti berkenaan, maka saya rasa tindakan itu perlu lebih kuat lagi kerana saya sendiri belum mendapat penjelasannya.
Saya mempunyai pandangan sendiri bagaimana PAS perlu menolak fahaman masyarakat yang mengatakan:
Memandangkan saya adalah rakyat golongan 'majority silence' saya berpendapat amat perlu bagi PAS meneruskan kempen dan penerangan yang dijalankan sekarang. Ini adalah untuk memberikan maklumat sebenar kepada golongan yang sentiasa merungut mengatakan PAS Kolot dan PAS tidak berwibawa memerintah.
Maaf jika saya katakan, amatlah banyak cawangan PAS tertubuh sejak wujudnya gerakan reformasi akhir 1998 lalu. Tanpa mengira bilangannya, cukuplah saya nyatakan bahawa cawangan PAS yang tumbuh di negeri ini bagaikan tubuhnya cendawan selepas hujan turun. Namun penjelasan dan penerangan hingga ke masyarakat senyap, masih belum ditembusi sepenuhnya.
Kita berada di zaman IT. Satu cara menarik muda mudi ialah dengan menubuhkan kelab komputer di cawangan masing-masing. Umpamanya Kelab KOMAS yang ditubuhkan di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat golongan bawahan (majority silince).
PAS seharusnya mengikuti jejak langkah sebegini untuk menarik anak-anak memahami dan mendapatkan maklumat sebenar perjuangan PAS. Selain dari itu, keujudan laman reformasi yang banyak sekarang dapat membantu memberikan maklumat yang berguna kepada masyarakat senyap tentang penyelewengan yang berlaku angkara perbuatan Kerajaan UMNO.
Akhirnya pandangan saya yang hina dina ini semoga mendapat pandangan pimpinan PAS dalam meneruskan perjuangan yang lebih mencabar dan bersifat global. Hanya maklumat yang tepat merupakan satu-satunya senjata yang dapat memisahkan perjuangan ini antara yang hak dan batil!
Saya Tetap Mengundi PAS!!
Mr. canggih