KEMUKAKAN BORANG SECEPAT MUNGKIN!!

Menjawab pertanyaan daripada wakil penduduk Kg. Kuala Pari dan sekitarnya (termasuk Kg. Seri Aman dan Kg. Batu, Kg. Temiang dan Sri Kinta), Minda Rakyat mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada anda yang insaf dan mahu kembali kepada perjuangan yang sebenarnya iaitulah perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia tercinta.

Perjuangan itu tidak memerlukan kita membunuh sesiapa atau mengkomplot sesiapa. Perjuangan ini juga tidak memerlukan anda turun ke jalanan sambil terjerit-jerit dan terpekik-pekik. Bagaimana pun perjuangan ini memerlukan komitmen anda semasa pilihanraya umum nanti. Jika perlu, isi borang keahlian PAS yang boleh didapati di Kedai Runcit, berhampiran Tanah Wakaf, Kg. Kuala Pari (tepi 'gate' keretapi). Beratus-ratus borang keahlian boleh didapati di sana. AlhamdulilLah setakat ini agen MR memberitahu bahawa sambutan kaum muslimah terhadap perjuangan PAS kampong ini amat membanggakan. Kaum muslimin bagaimana?

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

Undilah PAS!

MINDA RAKYAT