CAWANGAN PAS KAWASAN TAMBUN KIAN BERTAMBAH

20 April, 1999 - Cawangan PAS yang berada di bawah PAS Kawasan Tambun bertambah lagi dari jumlah asal 18 cawangan dalam musim pilihanraya lalu. Paling terbaru ialah penubuhan PAS Cawangan Kg. Kuang setelah cawangan Pekan Chemor menerima sijil cawangannya.

Perkara ini dinyatakan oleh AJK PAS Kawasan Tambun, saudara Abu Bakar Maidin. Kg. Kuang mempunyai 1,027 orang pengundi. Beberapa kempen mengembangkan keahlian sedang dijalankan dan setakat ini PAS berjaya mendapat 100 keahlian baru daripada jumlah pengundi tersebut. Kempen mencari ahli akan diteruskan dari masa ke semasa sebagai persiapan menjelang pilihanraya umum nanti.

Dalam musim pilihanraya lalu, PAS Kawasan Tambun amat kekurangan ahli dan tenaga pekerja. Perkara ini membawa kepada beberapa kawasan mengundi tidak mendapat seliaan PAS hingga ada berlakunya kehilangan beberapa peti undi dan kemudian bertukar baru dalam kawasan Parlimen Tambun, iaitu di kawasan Tanah Hitam.

Dengan pertambahan keahliannya, insyaAllah perkara ini tidak akan berlaku lagi dan PAS pasti tidak akan menyesalinya, akhiri beliau.

Sumber: agen MR