UMAT ISLAM DIAJAK BERJUANG BERSAMA PAS
21 April, 1999 - Kegagalan UMNO sebagai parti yang memerintah negara selama 41 tahun bersandarkan kepada sistem yang bercanggah dengan Islam, hingga kini akhirnya melahirkan berbagai keruntuhan. Keruntuhan itu meliputi segenap aspek kehidupan samada politik ekonomi dan sosial.
Umpamanya, rakyat yang hidup hari inilah yang lebih membantu Kerajaan iaitu melalui pembayaran pelbagai jenis cukai samada secara langsung mahupun tak langsung. Namun harga barangan terus meningkat naik. Begitu pula dengan pelajaran dan kemudahan lainnya yang tidak lagi diperolehi dengan percuma, melainkan dengan wang ringgit semata. Ini jelas menonjolkan bahawa UMNO menzalimi rakyat.
Sebaliknya PAS berazam membantu masyarakat yang hidup melarat. Namun segalanya terbatas dan perubahan tidak dapat dilakukan kerana masih belum mendapat sokongan rakyat sepenuhnya iaitu melalui pengalaman 9 pilihanraya umum yang lalu. Oleh itu rakyat diseru kewajipan mereka memilih pemimpin yang menunjuk arah dan haluan bersandarkan panduan yang disediakan di dalam Al-Quran. Saranan ini dibuat oleh Ustaz Abdul Halim Md Nasir yang memberikan ceramahnya di hadapan kira-kira 3,000 orang penduduk Taman Seri Sayang, Pasir Puteh dan penduduk taman sekitarnya.
Menurut Ustaz Abdul Halim lagi, PAS perlu diberi peluang untuk membuktikan kejatian perjuangan mereka mendaulahkan Islam dan kuasa itu ada di tangan rakyat.
Sumber: agen MR