BENARKAH PM SUDAH MATI?

Pada pendapat saya, PM memang telah lama mati. Sebenarnya dia telah mati dah lama dah, mungkin sebelum Anwar dipecat. Ini semua kerana beberapa fakta ini. Saya minta sesiapa yang mempunyai fakta penyanggah yang lebih releven sila kemukakan seberapa segera. Supaya semua ini boleh menjadi panduan kita bersama.

 1. PM mati pada bulan Julai 1998 kerana sakit stroke kerana pasaran saham yang jatuh menjunam.

2. PM mati pada bulan Ogos 1998 kerana terkejut dengan response rakyat terhadap pemecatan DSAI

3. PM mati pada bulan September 1998 bila reformasi berjalan dengan agressif di beberapa lokasi di ibukota.

4. PM mati pada bulan November 1998 bila sebilangan besar pelabur asing bercadang menarik keluar pelaburan mereka didalam MSC.

5. PM mati dalam bulan Januari 1999 bila perbicaraan DSAI bermula dimana percanggahan fakta oleh pendakwa berlaku di mahkamah.

6. PM mati pada bulan Mac 1999 semasa baru sampai di Jeddah. Ini kerana dia tak sangka Malaikat Izrail sedang menunggunya disana.

7. PM mati pada 2 April 1999 semasa sedang dirawat di Institut Jantung Negara kerana diserang oleh Wabak Japanese Encephalitis (JE).

8. PM mati pada 7 April 1999 semada sedang berasa di unit Fisioterapi ketika sedang manjalankan rehersal untuk promo di Media Elektronik kerana bateri jantungnya gagal berfungsi.

9. PM mati pada 8 April 1999 selepas sesi sidang media kerana kegagalan otak kerana serangan Paramyxovirus dan juga Virus Hendra.

10. PM mati pada 9 April 1999 selepas dikejutkan dengan berita kesemua ahli MT UMNO yang mengikuti rombongan melancung ke Mekah sempena musim Haji sedang dan telah mengalami sakit yang semacam berjangkit.

Oleh yang demikian, jika kita masih lagi dapat melihat PM berkata-kata di TV maka hendaklah kita sedar bahawa suatu masa dahulu pun banyak juga mayat yang masih boleh berkomunikasi dan makan serta bersenggama. Ini adalah mungkin kerana apa yang kita lihat itu sebenarnya adalah "HANTU RAYA" yang PM mungkin bela. Saya tidak mahu menuduh, akan tetapi saya pernah berhadapan dengan situasi seperti ini semasa berada dikampung dahulu.

 

Adakah HANTU RAYA PM yang sedang dirawat di IJN? Adakah HANTU RAYA ini juga yang sedang memerintah negara ini? Adakah HANTU RAYA ini yang mungkin akan mengetuai kumpulan Pilihanraya Barisan Nasional? Mahukah anda semua dipimpin oleh HANTU RAYA????? ~MR

Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)