POLIS BERTINDAK GANAS!!

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mesti bertanggungjawab terhadap apa jua insiden yang melibatkan kezaliman polis yang terus berleluasa terhadap rakyat yang tidak berdosa. Dalam satu kejadian polis telah menahan seorang pemimpin Aliran dan menggunakan percikan air dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong reformasi yang berdemo di hadapan Mahkamah Tinggi hari ini.

Kira-kira 500 orang para demonstrator menyerang balas tindakan polis itu. Pemimpin Aliran itu memberitahu beliau dan 2 orang penyokong diserang oleh pasukan polis berpakaian biasa.

"Semasa kami menyeberang jalan, polis tiba-tiba mengetuk kepala saya dan merampas telefon bimbit dan cermin mata saya", katanya sambil darah meleleh dari kepala dan membasahi pakaiannya. Seorang saksi melihat Abdul Malik Hussin juga ditangkap.~MR

sumber: AFP