DARAH MUDA MEMANG PANAS!

Darah yang menitis ke bumi hari ini, akan menjadi saksi di hari akhirat…

Polis Dibawah Rejim Mahathir (PDRM) cukup ganas. Selepas hero utamanya, Rahim Noor si Ketua Penyangak Negara (KPN) mengaku memukul dan mencederakan DSAI hingga boleh membawa maut, beliau masih terus bebas. Seolah-olah Rahim Noor terlepas dari undang-undang. Padahal setiap hari media Kerajaan terus mencaci dan menghina rakyat yang berdemontrasi, sebagai rakyat yang tidak mematuhi undang-undang. Apakah agaknya si Rahim Noor adalah contoh terbaik bagi PDRM bahawa mereka mendokong undang-undang dan menguatkuasakannya?

Darah muda memang panas. Namun apalah tindakan segelintir rakyat yang membawa sepanduk itu sambil melaung-laungkan 'Undur Mahathir Undur' atau 'Hidup Anwar' itu boleh menjejaskan keamanan. Mereka kebanyakan adalah anak-anak kita. Sebenarnya keamanan tidak akan terjejas oleh segelintir rakyat menyuarakan luahan hati mereka secara jujur dan berani. Mereka tidak membawa bersama senjata atau apa-apa yang boleh membahayakan ketenteraman awam. Hanya suara mereka berkumandang memecah kehangatan kotaraya.

Namun suara mereka bertukar menjadi darah. Manusia yang tak berdosa ini ditakrifkan sebagai tidak mematuhi undang-undang? Semalam Presiden MTUC Senator Zainal Rampak semacam menyatakan jutaan kekesalan bahawa rakyat tidak boleh berdemontrasi. Tercatat dalam perlembagaan negara ini hak untuk bersuara, dan nyata mereka itu mengikut undang-undang dan hak yang ada.

Namun tindakan Polis Dibawah Rejim Mahathir (PDRM) mahu menunjuk kepada dunia bahawa mereka lebih berkuasa. Komunis di rimba tidak pernah mereka buru. Penjenayah berkeliaran macam babi pembawa virus JE yang berkeliaran takut ditembak. Namun PDRM memilih memukul dan mengganas terhadap rakyat yang berdemontrasi yang dianggap mereka sebagai tidak mematuhi perlembagaan negara. PDRM harus bangga bahawa rakyat negara ini tidak seberani rakyat negara jiran kita yang sanggup memukul dan membunuh jika terpaksa. Namun beraninya PDRM hanya kepada insan yang lemah.

Kredebiliti mereka telah jatuh di kaca mata rakyat sendiri, hatta kepada rakyat seluruh dunia amnya. Apakah rakyat negara lain di dunia boleh diperbodohkan semacam rakyat negara ini, mengikut sangkaan rejim Mahathir dan PDRM? Selain diktator tua Mahathir Mohamad, Pak Lah selaku Menteri Dalam Negeri dan Datuk Kamaruddin Ali sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur adalah manusia yang mesti bertanggungjawab di atas keganasan polis terhadap rakyat. Mereka mesti memohon maaf dari rakyat atas ketelanjuran mereka. Darah yang menitis ke bumi hari ini, akan menjadi saksi di akhirat kerana mereka seperti rakyat lain yang berugama Islam dengan satu kepercayaan dan pegangan yang sama. Kecuali Diktator Tua Mahathir, Pak Lah dan Datuk Kamaruddin Ali berani mengistiharkan diri mereka bukan Islam, yang memungkinkan mereka terlepas dari siksaan Allah pada hari akhirat, lalu dicampak terus ke neraka Jahanam, nauzubilLah. Bertaubatlah!!!!

HIDUP REFORMASI!!!

Sumber:pesara polis