MENGAPA RAMLI KIAN DIBENCI

Rungutan rakyat berhubung dengan kepemimpinan Tan Sri Ramli b. Ngah Talib sudah lama diperkatakan oleh rakyat dan ahli UMNO sendiri. Walau pun bukan semuanya membenci, namun peratusannya jika dibanci sudah melebihi 50% kebencian terhadap beliau. Soalnya mengapa?

Kebanyakan ahli UMNO dan rakyat negera ini memang tahu sebelum isu reformasi dan isu fitnah terhadap DSAI, beliau adalah dari kalangan team B. Pak Lah juga memberikan sokongan kepada Tan Sri Ramli untuk dilantik sebagai ahli MT selepas undi gagal memihak kepada beliau.

Namun apakah sebenarnya sumbangan dan budi baik DSAI dan Pak Lah dibalas oleh Tan Sri Ramli? Selepas isu fitnah, beliau berpaling tadah dan memihak untuk turut sama memfitnah DSAI. Tan Sri Ramli tidak memiliki rekod pentadbiran yang baik dan cekap. Beliau gemar menggunakan kuasanya untuk mengaut segala kekayaan negeri masuk ke dalam kocek beliau.

Tersebar luas di kalangan kakitangan Kerajaan dan tidak ketinggalan juga saya sewaktu masih dalam kerajaan, bahawa beliau sudah merancang untuk membeli rumah kediaman rasminya sekarang sebelum karier politik beliau berakhir. Rumah tersebut sudah diperbaiki dan menelan belanja jutaan ringgit.

Isteri beliau Puan Sri Noorasyikin adalah Imelda Marcos negeri Perak. Beliau amat disenangi oleh kebanyakan taukeh dan tokoh korporat. Beliau akan melancarkan tugas suaminya dengan memberikan beberapa petunjuk untuk mengaut keuntungan di sebalik kelulusan oleh pihak kerajaan negeri.

Di kalangan tokoh korporat yang sudah berjaya tahu aktiviti yang telah dirancang. Mereka juga menggunakan beberapa orang poxcy dan antaranya seorang guru yang masih dalam perkhidmatan. ~ MR

Sumbe:r pemerhati politik tempatan. Terima kasih kerana tetap setia dan terus menyumbang