KEBANYAKAN SKIM PERUMAHAN MENGALIR KE TANGAN LAIN!!

Selaku MB negeri Perak Darul Ridzuan, TSR menggunakan sepenoh kuasanya untuk memastikan koceknya penuh sebelum era pemerintahannya berakhir sempena berakhirnya abad ini. Satu siri menggadai negeri ke tangan lain diakui oleh para pegawai bawahannya sendiri yang memberitahu agen MR bahawa TSR gemar memberikan kelulusan skim perumahan termasuk kos rendah kepada tangan lain.

Kaum bumiputera termasuklah syarikat bumiputera memang diakui kedhaifannya hingga saat ini. Namun kelemahan mereka bukan bersifat kekal. Tikaman yang dilakukan oleh 'decision maker' dalam memutuskan sesuatu projek itu untuk siapa, jika ada persaingan, kerapkali lebih atau semuanya memihak ke tangan yang lain. Habis sampai bila taraf bumi harus lebih tinggi dari pandangan yang diberikan selama ini?

MAJU BANGUN SDN. BHD. selaku anak syarikat PKNP adalah antara syarikat di bawah pentadbiran TSR sendiri, mengakui senario yang wujud dan permainan politik TSR dalam kenyataannya selama ini yang sering menggemburkan akan membantu golongan rendah dan dhaif. Namun dalam masa yang sama menganugerahkan beberapa lagi skim perumahan kos rendah ke tangan yang lain. Begitulah nasib bangsa, tiada siapa yang nak membela!!~MR

Sumber:agen MR