REJIM MAHATHIR TIDAK BOLEH DIKRITIK
Tembok yang berdiri selama 41 tahun itu telah memisahkan antara kebenaran dan keberanian. Kepalsuan dengan penentangan…..
Sudah menjadi adat dunia kalah dan menang dalam satu-satu perbicaraan. Namun kegagalan Sistem Mahkamah dan Perundangan negara ini dalam melaksanakan keadilan itu, memaksa rakyat turun ke jalanan bagi merealisasikan hak sejagat dalam sejarah kehidupan manusia di dunia.
Para demontrator adalah rakyat yang berani. Mereka adalah pejuang hak asasi sebenar. Iaitu untuk mendapatkan keadilan di bumi bertuah ini. Mereka terdiri dari golongan cerdik pandai. Tidak seperti polis buta yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran. Ada yang sedikit cerdik, ego dan cukup mengampu. Bukannya apa, saja untuk meledakkan nama mereka bagi kurniaan pangat si Gagah Berani.
Rakyat diseru untuk mematuhi undang-undang. Namun polis terlepas dari undang-undang. Rejim Mahathir tidak boleh dikritik. Kritikan kepada diktator tua itu dianggap penentangan. Rakyat juga diminta jangan taksub kepada seseorang pemimpin. Namun apa kurangnya Menteri Kabinet dan PDRM yang taksub kepada Diktator Tua lagi Nyanyuk itu?
Suara rakyat seperti anjing menyalak bukit. Namun rejim Mahathir terus angkuh. Segala jentera kerajaan dipergunakan. Media diperalatkan. Rejim mesti terus berkuasa. Namun sampai bila? Mahukah jawatan Diktator itu dibawa hingga ke liang lahat?
Memang hari ini Mahkamah Tinggi yang berkuasa. Namun Mahkamah Rakyat akan menentukan segalanya. Kuasa untuk memisahkan antara yang berhak dengan yang tidak. Kuasa sebenarnya yang akan meruntuhkan tembok yang ada. Tembok yang berdiri selama 41 tahun itu telah memisahkan antara kebenaran dan keberanian. Kepalsuan dengan penentangan. Bangunlah rakyat Malaysia!. Selamatkan maruah kita. Selamatkan negara kita. Selamatkanlah Malaysia. Semoga sinaran keadilan akan bersinar memecah kebuntuan!~MR
Sumber: mr. canggih