KENYATAAN SAMY DISANGSI
29 March, 1999 - Kenyataan Dato' Seri Samy Vellu melalui siaran berita NTV7 jam 8.00 malam ini, di mana beliau menafikan pembinaan lebuhraya di Damansara yang sedang dalam pembinaan tidak akan dibina di atas lot rumah penduduk.
Contoh itu dibawa ke dalam pembinaan lebuhraya dari Tanjung Malim ke Proton City yang juga sedang dalam pembinaan. Maklumat dari Unit Penguatkuasa, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak mengatakan bahawa lebuhraya tersebut sepatutnya melintasi sebuah kuil Hindu di pekan Tg. Malim tetapi dipinda atas arahan Samy Vellu sendiri. Akibatnya sebuah restoran yang terkenal dengan jualan paunya di pekan tersebut terpaksa dirobohkan demi kepentingan kuil Hindu tersebut.
Minda Rakyat tidak bermaksud membangkitkan isu ugama atau perkauman. Namun pada kebiasaannya hak kroni sentiasa terpelihara, sedang yang lain sering jadi mangsa.~ MR
Sumber 'Boboy'. Terima kasih.