UMNO TIDAK BERBAKTI KEPADA PENDUDUK SELAMA!

Kegagalan UMNO dan manafestasi pilihanrayanya yang lalu iaitu TRADISI MEMBELA RAKYAT menyebabkan rakyat berpaling tadah kepada PAS. Kegagalan Ahli Parlimen Larut iaitu seorang bekas guru, YB Dato' Hj. Mohd Zihim Hj. Mohd Hassan atau dua orang ADUN iaitu YM Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Batu Kurau dan YB Mohd Ali Hj. Md. Isa, ADUN Selama membela nasib rakyat jelas memisahkan penduduk Daerah Kecil ini menjadikannya lebih terpencil dan semakin jauh dengan pembangunan.

Sebaliknya PAS meneruskan agendanya disamping mendekatkan diri dengan penduduk juga meneruskan program pembangunan duniawi dan ukhrowinya. Sebagai memenuhi tuntutan itu sebuah sekolah menengah ugama berasrama penuh hampir siap dalam pembinaannya adalah seratus peratus sumbangan PAS dan mereka yang berjuang dalam PAS.

Menurut sumber lagi, pembinaan itu menelan belanja hampir RM10 juta. Sekolah Ugama Darul Ta'alim di bina di Sg. Limau, Bagan Baru, Ijok, akan beroperasi sedikit masa lagi. Justeru itu, akan terbitlah generasi Islam tulen sebagaimana yang dicita-citakan oleh umat Islam di negara ini, apabila sekolah ugama ini beroperasi kelak.~MR

Sumber: agen MR