PENDUDUK SELAMA TERUS KETINGGALAN
Daerah Kecil Selama suatu masa sebelum 90'an adalah daerah yang kuat pengaruh UMNOnya. Bekas guru ugama, Allahyarham Ustaz Abdul Aziz menjadi ADUN kawasan Selama, sekurang-kurangnya selama lima penggal tanpa saingan sesiapa waktu itu. Hanya selepas beliau tewas kepada YB Mohd Kassim Mahmud dalam perebutan sebagai Ketua Bahagian UMNO Selama, allahyarham mengundurkan diri dari arena politik dan menumpukan sepenuhnya dalam dunia korporat.
Namun di bawah teraju kepimpinan bekas ADUN Abdul Aziz, Daerah Kecil Selama tidak menikmati pembangunan seiring dengan daerah lain di negeri Perak. Daerah Kecil Selama akhirnya lebih dikenali sebagai daerah termiskin di negeri ini dan memerlukan pembelaan. YB Mohd Kassim Mahmud kemudian mengambil giliran dan beliau hanya mampu bertahan selama satu penggal sahaja.
Nama YB Mohd Ali bin Hj. Mohd Isa melonjak naik adalah kerana jasa abangnya Allahyarham Tan Sri Kamaruddin b. Hj. Md. Isa, salah seorang Menteri Kabinet dalam negara kita suatu masa dulu. Namun YB Mohd Ali tidak menumpukan perhatian kepada pembangunan anak buahnya. Beliau lebih cenderung mengumpul harta kekayaan bersama-sama kroninya. Beliau lebih dikenali sebagai 'Tabung Amanah' kepada Tan Sri Ramli dalam usaha mereka mendapatkan sumber kewangan untuk parti dan diri sendiri.
Malang sungguh bagi penduduk Selama, akhirnya mereka terus ketinggalan di arus pembangunan negara yang sudah mencapai taraf, 'kununnya' Malaysia Boleh!~MR
Sumber: Agen MR