KHAS UNTUK WEBMASTER: JANGAN BERSEDIH JIKA HOMEPAGE ANDA DISERANG siri 2

Jadi pada 4 Mac 1999 saya lancar satu laman web baru. Tapi saya masih menggunakan Minda Rakyat sebagai tajuk laman itu. Saya yakin mahu terus berjuang. Selepas 3 hari url baru saya dialamat https://members.tripod.com/polong_cyber berfungsi saya cuba menyemak email saya dan mendapati ada message yang memberikan saya katakunci yang baru kepada membership saya. Jadi saya kembali url lama di alamat https://members.tripod.com/jembalang2 . Saya dapati beberapa fail sudah muncul kembali. Namun itu hanya tak sampai sepuloh fail. Sedang kalau tak silap saya fail-fail yang hilang sudah melebihi 200 buah. Kali ini saya sudah boleh edit fail-fail.

Saya rasa bersyukur dan gembira. Saya masih berharap agar fail-fail yang lain muncul semula. Harapan saya jadi kenyataan dan selang beberapa hari fail-fail itu muncul semula dalam member directory saya!

Saya gabungkan kedua-dua url untuk menghasilkan maklumat yang sebanyaknya untuk tatapan para netters sekelian. Kali ini saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya mesti menyimpan fail-fail html kerana maklumat yang disampaikan oleh para pengunjung sangat perlu dan mustahak bagi saya. Lagi pun sebagai persediaan jika laman web saya dicerobohi sekali lagi saya akan membina yang baru dan fail-fail itu akan saya paparkan kembali. Namun jika saya menyimpan fail-fail itu sudah semestinya saya berada dalam keadaan yang tidak selamat. Manalah tahu jika ini hendak dikaitkan dengan bukti yang mahu mengheret kita kekancah yang tidak diingini maka bukti sudah jelas. Jadi bagaimana? (Sambungan siri akhir)

 Polong cyber