KHAS UNTUK WEBMASTER: JANGAN BERSEDIH JIKA HOMEPAGE ANDA DISERANG siri 3 (akhir)
Sesungguhnya kewajipan berjihad itu ada pada setiap manusia. Namun mungkin situasi dan persekitaran yang berbeza
Saya cuba berbincang dengan seorang teman berkenaan dengan hal ini. Beliau mengaku pernah mendengar dari seorang kawan kita boleh menyimpan seberapa banyak fail, tanpa dikesan. Ide ini memberikan saya sedikit harapan. Kami cuba mencari perkataan 'free hard drive' dalam carian yahoo. Akhirnya kami bertemu alamat ini: http://www.freedrive.com . Nah! Segala masalah sudah ada penyelesaiannya!
Saya lalu mendaftar diri sebagai membership dan akhirnya saya dapati cara sebegini cukup selamat. Saya boleh menyimpan fail sehingga 20mb tanpa dikesan atau dibuktikan! Nah... sedetik kita berfikir, seratus langkah musuh bisa kita tewaskan! Gunakan kepintaran anda untuk menyenangkan kerja anda. Jangan bersusah hati sekiranya laman web anda dimusnahkan!
Namun saya tetap belajar dari kesilapan diri. Kenapa laman web saya dicerobohi itu jadi satu persoalan saya. Mungkin kelemahan saya mengizinkan para 'attackers' datang menyerang. Bukan kemusnahan itu disebabkan oleh kehandalan para 'attackers' berkenaan semata. Namun saya tidak mahu menafikan kehandalan para 'attackers' ini.
Seperkara yang terlupa saya nak beritahu bahawa kemampuan para 'attackers' ini memasuki laman web bukan sekadar melakukan satu pencerobohan. Malahan mereka mampu menukar katakunci (password) yang kita gunakan untuk meng'edit' laman web kita. Katakunci yang baru diedarkan semula oleh homepage builder melalui e-mail saya jembalang@email.com
Dari kesilapan yang lalu beberapa perkara yang saya ketahui samada ia dipersetujui oleh para web master atau pun tidak. Antara perkara yang dititikberatkan oleh anda para webmaster:
Menurut apa yang saya ketahui, tiap-tiap pelayan komunikasi yang anda gunakan sememangnya ada perlindungannya sendiri. Umpamanya, tripod, mereka ada "Zapper Bug Team' yang akan membantu kita menangani permasalahan yang wujud. Saya percaya hubungan yang baik dengan team ini satu-satunya cara kita boleh mengembalikan semula fail-fail yang musnah kerana mereka mempunyai 'back-up' sendiri.
Kemungkinan-kemungkinan ini harus disematkan dalam perhatian anda. Namun segala yang berlaku itu atas ketentuan Ilahi semata. Marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran dan menyambung perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya kewajipan berjihad itu ada pada setiap manusia. Namun mungkin situasi dan persekitaran yang berbeza. Ini memungkinkan keperluan jihad kita juga dengan cara berbeza. Sesungguhnya laman ini saya wujudkan sebagai menyambung jihad para nabi dan para syuhada yang telah lama meninggalkan kita. Namun hanya yang berbeza, orang terdahulu menggunakan mata pedang sebagai senjata. Perbilangan orang tua-tua mengatakan, sesungguhnya pena itu lebih tajam dari mata pedang. Mungkin kerana itulah tanggapan saya jihad sebegini sebagai mengikut peredaran waktu, yakni berjihad di MEDAN JIHAD ALAF BARU!!